Tentang Felo KEADILAN
Sepatah Kata Dari Penaung
YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
We shall need compromises in the days ahead, to be sure. But these will be, or should be, compromises of issues, not of principles. We can compromise our political positions, but not ourselves.
John F. Kennedy Profiles in Courage
Pemerkasaan anak muda penting bagi meneruskan legasi perjuangan dan pertumbuhan parti, terutamanya dengan cabaran untuk mendekati anak muda pada hari ini. Menyedari akan kepentingan anak muda, saya memperkenalkan program Felo Keadilan – satu inisiatif yang bertujuan untuk melahirkan perintis pemimpin muda dalam Parti Keadilan.
Melalui Felo Keadilan, kita bukan hanya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga nilai-nilai penting seperti keadilan, integriti, dan politik khidmat kepada rakyat. Program ini bukan sekadar platform latihan; ia merupakan platform untuk memberdayakan individu menjadi pemacu perubahan positif dalam komuniti masing-masing. Melalui proses membimbing anak muda untuk menghayati semangat Keadilan, kita akan memiliki masa hadapan yang lebih cerah
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mewujudkan program Felo Keadilan, dan saya memberikan sokongan penuh kepada peserta yang terpilih untuk memulakan transformasi ini. Marilah bersama-sama membentuk jalan ke arah masa hadapan yang lebih adil – masa hadapan yang menyaksikan suara dan aspirasi belia didengar dan dihargai.
PROGRAM LATIHAN KEPIMPINAN MASA DEPAN KEADILAN
Felo Keadilan ialah program latihan kepimpinan yang berakarkan matlamat perjuangan KEDILAN. Tujuan utama ialah mendedahkan peserta kepada matlamat dan halatuju parti, asas kepimpinan dalam masyarakat, penggubalan dasar, aktiviti lapangan di peringkat akar umbi serta modul-modul pendidikan politik.