Kenali Panelis

Sivarasa Rasiah

Panelis Felo Keadilan seterusnya, Saudara Sivarasa Rasiah. Seorang ahli politik, peguam dan aktivis hak asasi manusia. Beliau merupakan lulusan ijazah sarjana muda genetik dari Universiti Malaya dengan kepujian kelas pertama dan juga merupakan penerima anugerah biasiswa berprestij Rhodes Scholar dalam bidang Undang-Undang di Oxford Universiti.

Mantan Ahli Parlimen Subang selama dua penggal dan Parlimen Sungai Buloh ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar sewaktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan buat kali pertama di bawah era Mantan Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr Mahathir pada tahun 2018 hingga 2020.

Saudara R. Sivarasa juga merupakan salah seorang pengasas Suara Rakyat Malayska (SUARAM), sebuah NGO yang berfokuskan hak asasi manusia yang giat menjalankan kempen untuk memansuhkan ISA dan penahanan tanpa bicara ketika Ops Lalang pada tahun 1987 dan seorang aktivis Reformasi, satu gerakan protes pada tahun 1998 berikutan pemecatan Anwar Ibrahim sebabai Timbalan Perdana Menteri.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi pemimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM), mantan Naib Presiden KEADILAN dan kini merupakan Ketua Cabang KEADILAN Sungai Buloh.