Panelis Felo Keadilan seterusnya, Dato’ Romli Ishak.
Dato’ Romli pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan pada tahun 2018 hingga 2020. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Politik dan merupakan penasihat pelaburan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.
Beliau merupakan alumni bagi Universiti Putra Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dengan minat mendalam di bidang Pembuatan dan Bioteknologi Perubatan beliau telah mengasaskan syarikat GranuLab (M) Sdn Bhd dengan bantuan SINDIRA Bhd (PLC) ahli Johor Corporation Group, MTDC, Biotech Group dan MDV. Walaupun meninggalkan GranuLab (M) Sdn Bhd pada tahun 2014, beliau tidak terhenti di situ di mana setahun kemudian beliau menubuhkan dua buah syarikat bioperubatan, iaitu LaDIY Healthcare Sdn Bhd dan MyIOL Sdn Bhd, sebagai pembuat sulung Intraocular Lens (IOLs) di Malaysia.
Beliau juga merupakan pengasas kepada Negeri Sembilan Capital Advance, sebuah subsidiari milik MBI Negeri Sembilan dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi subsidiari tersebut dari tahun 2021 hingga 2023.
Kini, beliau merupakan Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden KEADILAN serta Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN. Beliau juga merupakan Pengarah Biro Jaringan NGO KEADILAN. Melalui pengalaman beliau selama lebih 7 tahun dalam tadbir urus korporat dan 15 tahun sebagai usahawan, beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Cyberview Sdn Bhd.
YB Wong Chen
Memperkenalkan seorang lagi panelis Felo Keadilan, saudara Wong Chen. Beliau merupakan Ahli Parlimen Subang selama