Kenali Felo

Sarah Anniesya Binti Rohmat

Sarah Anniesya Binti Rohmat, berasal dan menetap di Selangor. Merupakan anak kedua, berumur 22 tahun dan merupakan anak kedua daripada 2 adik beradik.

Lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Vokasional pada tahun 2023 dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Polisi Pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Mula bergiat aktif dalam program bersama kerajaan negeri Selangor sebagai Duta Perpaduan Selangor pada tahun 2022, bergiat aktif dalam pembangunan belia bermula pada tahun 2023, dilantik sebagai Setiausaha GPMS Cawangan Kota Raja, dan dipilih menjadi wakil Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Selangor (2023-2024).

Turut aktif dalam sukan dan merupakan jurulatih silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Sebagai pengiktirafan dan penghargaan, beliau dianugerahkan Sandang Kebesaran Srikandi Muda PSSPGM pada tahun 2022 dan masih kekal sukan seni mempertahankan diri sehingga kini.

Faris Aiman

Faris Aiman

Faris Aiman adalah seorang graduan di California State University di dalam Kejuruteraan Mekanikal. Sebagai mahasiswa,

Read More »