Alumni Felo Keadilan 2024

Sarah Anniesya Binti Rohmat

Sarah Anniesya Binti Rohmat

Negeri:
Selangor
Cabang:
Gombak
Industri:
Pentadbiran
“Felo KEADILAN membuka mata saya terhadap kepentingan kesedaran politik dan tanggungjawab sosial dalam kalangan anak muda.” – Sarah Anniesya Binti Rohmat. Bagi Sarah, program ini bukan sekadar ruang pembelajaran, tetapi wadah penting untuk memperluas pemikiran dan memacu inisiatif yang inklusif serta progresif.
Pengenalan Felo Keadilan:

Sarah Anniesya Binti Rohmat, berasal dan menetap di Selangor. Merupakan anak kedua, berumur 22 tahun dan merupakan anak kedua daripada 2 adik beradik.

Lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Vokasional pada tahun 2023 dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Polisi Pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Mula bergiat aktif dalam program bersama kerajaan negeri Selangor sebagai Duta Perpaduan Selangor pada tahun 2022, bergiat aktif dalam pembangunan belia bermula pada tahun 2023, dilantik sebagai Setiausaha GPMS Cawangan Kota Raja, dan dipilih menjadi wakil Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Selangor (2023-2024).

Turut aktif dalam sukan dan merupakan jurulatih silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Sebagai pengiktirafan dan penghargaan, beliau dianugerahkan Sandang Kebesaran Srikandi Muda PSSPGM pada tahun 2022 dan masih kekal sukan seni mempertahankan diri sehingga kini.

Soalan Esei:

Kepimpinan merupakan satu proses untuk mempengaruhi orang lain ke arah pembentukan dan pencapaian sesebuah matlamat dan objektif yang tertentu. Sebagai seorang pemimpin, mereka ini perlu bertindak secara rasional dan matang sebelum membuat sesuatu keputusan ataupun menonjolkan diri untuk mengetengahkan sesuatu perkara. Pemimpin yang mempunyai sifat ini secara tidak langsung menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang selayaknya dicontohi oleh orang lain berdasarkan penilaian mereka sendiri. Dalam melahirkan pemimpin-pemimpin yang baharu, setiap individu perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab, beban dan segala risiko untuk membawa perubahan masa depan negara ke arah yang lebih baik.

Yeen Chong

Yeen Chong

Yeen Chong ialah Pengarah Bersekutu Perhubungan Media Antarabangsa di Institut Milken. Berpangkalan di Singapura, beliau

Read More »
Faris Aiman

Faris Aiman

Faris Aiman adalah seorang graduan di California State University di dalam Kejuruteraan Mekanikal. Sebagai mahasiswa,

Read More »
Program
Arkib