Alumni Felo Keadilan 2024

Othniel Alam Luwi

Othniel Alam Luwi

Negeri:
Sarawak
Cabang:
Hulu Rajang
Industri:
Pengurusan
Program ini memberikan peluang untuk saya mendalami aspek kepimpinan, dasar sosial, dan perjuangan Keadilan di pelbagai peringkat masyarakat di Malaysia. Saya juga berkesempatan untuk berinteraksi dengan pemimpin yang memberi inspirasi serta rakan-rakan seperjuangan yang komited dalam mendorong perubahan positif.
Pengenalan Felo Keadilan:

Othniel Alam Luwi merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik yang berasal dari rumah panjang kaum Kenyah Lebu’ Kulit, Sungai Asap, Sarawak. Beliau yang lahir pada 5 April 2000 di Hospital Kapit telah mendapat pendidikan awal sekolah rendah di SK Abun Matu dan SK Batu Keling, Belaga. Dari Belaga ke Miri, beliau kemudian menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang dan Sekolah Menengah Sains Miri. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pentadbiran Awam dan berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Samarahan, Sarawak.

Sepanjang tempoh pengajian, Othniel terlibat aktif dalam sukarelawan dan kerja sambilan bersama pihak universiti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Setelah tamat Pendidikan di peringkat ijazah sarjana muda, kini beliau sedang menjalani latihan praktikal di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.219 Miri (YB Tuan Chiew Choon Man).

Othniel mula berjinak dengan dunia politik setelah dilantik sebagai Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Hulu Rajang pada sesi 2022-2025. Beliau seorang yang sentiasa bersedia bekerjasama dengan masyarakat dan persatuan setempat untuk memperjuangkan hak-hak asasi manusia dan kebajikan rakyat. Othniel juga berazam untuk mengubah stigma masyarakat umum mengenai penglibatan golongan belia dalam dunia politik negara seharusnya diberi galakkan dan bukan dicemuh dengan kata-kata yang tidak membina demi melahirkan ahli politik baharu yang berkualiti untuk menjadi pemimpin dalam negara Malaysia selaras dengan prinsip Rukun Negara dan konsep Malaysia MADANI

Soalan Esei:

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah menyaksikan perubahan ketara dalam landskap dan dasar politik, di dalam dan di peringkat antarabangsa. Memandangkan perkembangan ini, sila tulis esei (tidak lebih daripada 300 patah perkataan) yang menunjukkan pemahaman dan analisis anda:

Menganalisis dinamik kepimpinan dalam parti politik Malaysia. Bincangkan kepentingan gaya kepimpinan, proses membuat keputusan, dan strategi komunikasi dalam membentuk ideologi parti dan hasil pilihan raya. Selain itu, menilai peranan pemimpin baru muncul dalam memacu pembaharuan politik dan perubahan masyarakat. (Pilihan 1)

Nilaikan inisiatif pembaharuan dasar baru-baru ini di Malaysia. Bincangkan objektifnya, cabaran pelaksanaan dan hasil yang berpotensi. Cadangkan cadangan untuk meningkatkan keberkesanan dan keterangkuman proses penggubalan dasar di Malaysia.

Program
Arkib