Gaya kepemimpinan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Menginspirasi dan mempengaruhi adalah gaya kepimpinan yang efektif mampu menginspirasi orang lain untuk mencapai matlamat utama. Pemimpin yang baik juga dapat mempengaruhi orang lain dengan visi, nilai, dan pendekatan yang jelas. Selain itu, gaya kepemimpinan membentuk budaya organisasi itu sendiri. Pemimpin yang menonjol membina persekitaran di mana orang berasa dihargai, diberi tanggungjawab, dan dibimbing untuk mencapai prestasi yang tinggi. Gaya kepemimpinan yang sesuai juga dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi keseluruhan organisasi tersebut. Pemimpin yang efektif juga mampu mengarahkan sumber daya manusia dan sumber daya organisasi ke arah matlamat yang ditetapkan. Yang paling utama adalah pemimpin yang mahir dapat menguruskan konflik dengan bijaksana, mengubahnya menjadi peluang pembelajaran dan pertumbuhan. Gaya kepemimpinan yang membina kepercayaan dan pemahaman di kalangan anggota pasukan juga dapat mengurangkan konflik yang tidak penting. Kesimpulannya, gaya kepemimpinan yang berkesan mempunyai kesan yang luas dan positif terhadap organisasi, termasuk prestasi, budaya, dan keupayaan untuk berinovasi.
Proses membuat keputusan dalam parti politik Malaysia biasanya melibatkan beberapa tahapan dan struktur organisasi dalaman. Antara Gambaran umumnya adalah berkenaan hasil perbincangan dan perundingan . Keputusan dalam parti politik Malaysia seringkali dicapai melalui perundingan dan perbincangan antara anggota parti, terutama di peringkat tertinggi parti seperti jawatankuasa pucuk pimpinan atau mesyuarat tertinggi. Dalam mesyuarat parti, seperti mesyuarat perwakilan atau mesyuarat agung, merupakan platform utama di mana keputusan-keputusan penting dibuat. Pada mesyuarat ini, pemimpin dan ahli parti berkumpul untuk membincangkan dan mengundi mengenai isu-isu politik serta dasar-dasar parti. Parti-parti politik Malaysia biasanya mempunyai pelbagai jawatankuasa dalaman yang bertanggungjawab untuk meneliti dan menilai isu-isu tertentu sebelum membuat cadangan kepada pucuk pimpinan parti. Contohnya, jawatankuasa ekonomi, jawatankuasa perlembagaan, dan sebagainya. Apabila terdapat perbezaan pendapat, pemungutan undi sering digunakan untuk mencapai keputusan. Ini biasanya berlaku di peringkat mesyuarat parti atau dalam jawatankuasa tertentu. Kepimpinan parti, termasuk Presiden atau Pengerusi, memiliki peranan penting dalam membuat keputusan akhir. Keputusan-keputusan strategik seringkali bergantung kepada pandangan dan arahan dari pemimpin tertinggi parti. Dalam beberapa kes, parti politik Malaysia juga boleh membuat perbincangan dengan ahli-ahli pakar atau profesional tertentu sebelum membuat keputusan penting yang berkaitan dengan dasar atau isu tertentu. Keputusan boleh dicapai melalui perbincangan di mana semua pihak bersetuju, atau melalui undian majoriti apabila terdapat perbezaan pendapat. Selepas keputusan dibuat, langkah seterusnya adalah pelaksanaan dasar atau tindakan yang telah diputuskan. Pemantauan dan pelaporan biasanya dilakukan untuk memastikan bahawa keputusan tersebut dilaksanakan dengan berkesan. Seterusnya, proses ini adalah bergantung kepada struktur dan amalan dalaman setiap parti politik, yang mungkin berbeza dari pelbagai parti.
Membentuk ideologi parti dan memenangkan pilihanraya melibatkan strategi komunikasi yang kompleks dan holistic. Antara strategi yang dapat dipertimbangkan adalah sebelum memulakan komunikasi, pastikan bahwa ideologi parti lebih jelas dan konsisten. Ini membantu dalam menyusun strategi yang konsisten di mata pemilih. Komunikasikan ideologi parti dengan menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami oleh pemilih yang berpotensi. Hindari penggunaan jargon politik yang mungkin membingungkan. Selain itu, Manfaatkan platform media sosial untuk berkomunikasi dengan pemilih. Buat konten yang menarik, relevan, dan berbagi informasi tentang ideologi parti secara teratur. Buatlah ”Connection” dengan pemilih secara personal melalui program-program, pertemuan, dan perbincangan kelompok kecil. Ini akan lebih dekat untuk menjelaskan ideologi parti secara lebih terperinci dan menjawab pertanyaan langsung dari pemilih. Boleh juga gunakan cerita dan “narration” untuk mengilustrasikan nilai-nilai dan visi parti. Cerita memiliki kekuatan untuk menginspirasi dan mempengaruhi pandangan publik. Melibatkan influencer atau tokoh masyarakat yang memiliki pengaruh di kalangan pemilih dapat membantu juga menyebarkan pesan ideologi parti dengan lebih efektif. Yang paling utama adalah mengenalpasti isu-isu yang relevan dan penting bagi pemilih dan komunikasikan bagaimana ideologi parti menawarkan penyelesaian untuk isu-isu tersebut.
Pemimpin baru sering kali membawa angin segar dalam dunia politik dan masyarakat. Peranan mereka dalam memacu pembaharuan politik dan perubahan masyarakat sangat signifikan. Antara peranan pentingnya adalah pemimpin baru sering membawa idea-idea segar dan inovatif dalam kebijakan politik. Mereka dapat memperkenalkan program-program baru yang lebih efektif untuk memecahkan masalah-masalah yang ada dalam masyarakat. Pemimpin baru juga memiliki kesempatan untuk membangun kepercayaan masyarakat dengan menunjukkan kredibiliti, “transparency”, dan integriti dalam kepemimpinan mereka. Dengan demikian, mereka dapat menginspirasi ahli aprti yang aktif dari masyarakat dalam proses politik dan sosial. Pemimpin baru yang karismatik dan “visioner” dapat menyediakan inspirasi dan harapan bagi masyarakat, terutama dalam situasi di mana ada ketidakpuasan atau ketegangan politik. Mereka dapat membawa semangat baru untuk mencapai tujuan bersama dan mengatasi tentangan bersama. Namun demikian, peranan pemimpin baru dalam memacu perubahan politik dan sosial juga tergantung pada konteks politik, budaya, dan sejarah masyarakat tertentu. Tidak semua pemimpin baru dapat berhasil dalam memperkenalkan perubahan yang signifikan, dan ia tergantung pada berbagai faktor dalaman dan luaran.