Alumni Felo Keadilan 2024

Muhammad Ihsan bin Mat Nasir

Muhammad Ihsan bin Mat Nasir

Negeri:
Terengganu
Cabang:
Kuala Nerus
Industri:
Pemasaran
“Sepanjang penglibatannya dalam Felo KEADILAN, Ihsan menyifatkan bimbingan langsung daripada pimpinan dan pengalaman politik di lapangan sebagai satu nilai tambah yang besar. Ia bukan sahaja mengasah kefahaman, tetapi juga memperkukuh kesiapannya untuk berkhidmat secara lebih berkesan di negeri Terengganu. Beliau melihat program ini sebagai platform strategik dalam melahirkan pemimpin muda yang berani, berprinsip dan benar-benar komited terhadap agenda reformasi dan perjuangan KEADILAN.”
Pengenalan Felo Keadilan:

Muhammad Ihsan bin Mat Nasir, dilahirkan pada 7 Jun 1999 di Terengganu. Memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (1) Sultan Alam Shah & KAFAI Masjid Kolej Islam Malaysia sebelum menyambung di Sekolah Menengah Agama Ibn Khaldun (SMIK) & Sekolah Menengah Agama Kampung Laut (SMAKL). Beliau bergraduasi dengan Diploma Reka Bentuk Perindustrian serta Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi & Dakwah) dari Universiti Sultan Zainal Abidin. Tesis beliau meneliti keberkesanan pendekatan psikologi dalam modul pendidikan dan impaknya terhadap pemulihan akhlak.

Saudara Ihsan menunjukkan prestasi cemerlang dalam kesukarelawanan dan pembangunan belia. Beliau adalah Ahli Parlimen Belia Malaysia sesi 2023/2024 dan pernah berkhidmat sebagai Exco Multimedia & Komunikasi Korporat Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 2021/2022. Beliau juga Presiden HALUAN Siswa Terengganu untuk Sesi 2019/2020 dan 2021/2022 serta Pengarah Majlis Tertinggi Induk SISKOR UniSZA sesi 2020/2021.

Beliau terlibat aktif dalam pelbagai program antarabangsa sebagai pembentang dan pengarah bersama, menunjukkan komitmen dan kebolehannya dalam mengendalikan program bertaraf antarabangsa. Saudara Ihsan juga memainkan peranan penting dalam aktiviti sukarelawan dan kesedaran masyarakat mengenai isu Al-Quds, advokasi politik kenegaraan, pemeliharaan alam sekitar, serta pelbagai misi sukarelawan sejak tahun 2010 di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain itu, beliau telah menerima pelbagai anugerah seperti Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan Kor SISKOR 2020/2021, Sijil Pelantikan Inspektor Penjara (S) oleh Jabatan Penjara Malaysia, dan pensijilan dalam Kursus Asas Perbandingan Agama Siri 1 & 2.

Pengalaman beliau meningkatkan keupayaannya dalam komunikasi dan pengurusan, mencerminkan visinya untuk merealisasikan konsep Malaysia MADANI dan menjadi inspirasi kepada generasi muda Malaysia.

Soalan Esei:

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah menyaksikan perubahan ketara dalam landskap dan dasar politik, termasuk inisiatif pembaharuan dasar yang signifikan. Salah satu inisiatif utama adalah pelaksanaan dasar undi umur 18 tahun, yang bertujuan untuk memperluas penyertaan politik di kalangan belia. Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh demokrasi dengan melibatkan lebih ramai golongan muda dalam proses pilihan raya, dengan harapan bahawa suara mereka akan membawa perspektif segar dan dinamik ke dalam arena politik.

Namun, pelaksanaan dasar ini tidak lekang tanpa cabaran. Antaranya termasuk tahap kesedaran politik yang masih rendah di kalangan belia, kurangnya pendidikan sivik yang menyeluruh, dan persepsi bahawa politik adalah bidang yang kotor dan tidak relevan dengan kehidupan harian mereka. Di samping itu, terdapat juga isu logistik dan pentadbiran seperti pendaftaran pengundi yang perlu diuruskan dengan efisien.

Di peringkat antarabangsa, negara seperti Indonesia dan Brazil telah melaksanakan dasar serupa dengan kejayaan yang berbeza-beza. Di Indonesia, misalnya, pendidikan politik di peringkat sekolah telah membantu meningkatkan kesedaran politik di kalangan belia, manakala di Brazil, penglibatan belia dalam politik telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam jumlah pengundi muda. Malaysia perlu menjadikan sandaran daripada pengalaman negara-negara ini untuk meningkatkan keberkesanan dasar undi 18 tahun.

Untuk memastikan keberkesanan dan keterangkuman proses penggubalan dasar di Malaysia, beberapa cadangan boleh dipertimbangkan. Pertama, melakukan intervensi dan kajian secara mendalam terhadap masyarakat yang terlibat dengan dasar adalah penting. Ini termasuk mengadakan sesi dialog dan konsultasi dengan pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan belia, untuk memahami pandangan dan keperluan mereka.

Kedua, memperkukuh pendidikan sivik di peringkat sekolah dan universiti untuk meningkatkan kesedaran politik dan pemahaman tentang kepentingan penyertaan dalam proses demokratik. Ini boleh membantu mengatasi persepsi negatif tentang politik dan mendorong penglibatan aktif di kalangan belia.

Ketiga, menggalakkan penglibatan anak muda dalam parti politik sebagai pemimpin muda. Parti politik perlu membuka ruang dan peluang untuk anak muda mengambil peranan kepimpinan, dengan memberi mereka latihan dan sokongan yang diperlukan. Ini bukan sahaja akan memupuk bakat kepimpinan baru tetapi juga memastikan bahawa suara belia diwakili dalam penggubalan dasar.

Secara keseluruhan, pembaharuan dasar di Malaysia memerlukan pendekatan yang inklusif dan komprehensif. Dengan memahami cabaran dan mengambil langkah-langkah proaktif, Malaysia boleh mencapai matlamat pembaharuan dasar yang lebih berkesan dan inklusif.

Ruben Raj

Ruben Raj

Beliau memulakan kerjayanya dalam politik sebagai aktivis pelajar di UNISEL, beliau secara konsisten menunjukkan kepimpinan

Read More »
Faris Aiman

Faris Aiman

Faris Aiman adalah seorang graduan di California State University di dalam Kejuruteraan Mekanikal. Sebagai mahasiswa,

Read More »
Program
Arkib