Alumni Felo Keadilan 2024

Faris Aiman

Faris Aiman

Negeri:
Selangor
Cabang:
Shah Alam
Industri:
Telekomunikasi
Pengenalan Felo Keadilan:

Faris Aiman adalah seorang graduan di California State University di dalam Kejuruteraan Mekanikal. Sebagai mahasiswa, beliau telah mengasas dan menjadi pengerusi bagi Malaysian Progressives of the United States (MPUS) bagi menggalakkan semangat aktivisme, perbincangan politik, dan isu isu semasa dalam kalangan pelajar. Beliau juga telah mewakili universiti beliau di dalam pertandingan debat antara universiti-universiti yang lain di dalam California.

Beliau memulakan karier pekerjaan beliau dengan berpindah ke Los Angeles untuk bekerja di sebuah syarikat yang menyelenggara platform-platform atas talian. Setelah pulang ke Tanah Air, beliau bekerja di salah satu syarikat ‘Big 4’ sebagai Technology Consultant, kemudian sebagai Commercial & Project Manager bagi projek projek IT yang berkaitan dengan Awan & Analisis Data di sebuah syarikat pemula. Dia kini bekerja sebagai IoT Solution Sales Specialist di salah satu syarikat telekomunikasi.

Dia juga adalah salah satu pengasas Polisi Lab, yang memberikan kelas-kelas tentang penggubulan dan pengetahuan polisi-polisi kepada masyarakat awam. Inisiatif itu juga pernah dipamerkan di dalam Astro Awani melalui rancangan ‘Consider This’.

Beliau pernah memegang amanah sebagai Naib Ketua AMK Setiawangsa, di mana beliau mengadakan program pengaggihan pelitup muka pada masyrakat awam ketika Covid19 berleluasa dan juga program isi minyak percuma bagi Gig Riders. Dia kini telah memindahkan keahlian beliau kepada Cabang Keadilan Shah Alam dan kini adalah Timbalan Pengerusi PeBS (Penggerak Belia Selangor) bagi Zon MPP 19 Bukit Jelutong di mana beliau bergiat aktif mengadakan program-program untuk mendekati golongan muda.

Soalan Esei:

Inisiatif dasar baru yang dibawa Kerajaan pimpinan DS Anwar yang saya kira sangat penting ialah NIMP 2030.

Objektifnya adalah untuk membawa Malaysia sebagai negara yang lebih maju dari segi penggunaan teknologi di samping melakukan ‘upskilling’ kepada tenaga kerja dan membawa pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Ia juga akan menjadikan Malaysia menggunakan teknologi terbaru di dalam industri seperti 5G, IoT, automasi, big data, dan digitalisasi. Selain itu, ini akan menjadikan negara kita lebih menarik di mata para pelabur antarabangsa untuk menapakkan perniagaan mereka di sini kerana adanya infrastruktur canggih supaya boleh memberikan pulangan yang tinggi kepada mereka, di sambil membantu mencipta pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan.

Cadangan saya untuk meningkatkan keberkesanan adalah seperti berikut:\r\n- Melaporkan ‘update’ terkini kepada masyarakat awam tentang status NIMP2030 seperti jenis automasi dan digitalisasi yang sedang dilakukan di dalam industri-industri tertentu. Ini akan menambahkan keyakinan Rakyat.

Berbincang bersama pemain-pemain industri untuk melakukan projek-projek untuk membangunkan automasi dan digitalisasi. Dan tender haruslah dilakukan secara telus, dan vendor yang melakukan kerja-kerja tersebut haruslah mempunyai pengalaman dan track record yang baik.

Memberitahu kepada para pelabur antarabangsa dengan kerjasama Kementerian Ekonomi dan MITI yang NIMP2030 sedang dijalankan dan membawa mesej negara Malaysia adalah negara ‘value for money’.

Faris Aiman

Faris Aiman

Faris Aiman adalah seorang graduan di California State University di dalam Kejuruteraan Mekanikal. Sebagai mahasiswa,

Read More »
Program
Arkib