Alumni Felo Keadilan 2024

Ang Wei Chern

Ang Wei Chern

Negeri:
Perlis
Cabang:
Kangar
Industri:
Kesihatan
“Saya membina keyakinan, membentuk jaringan strategik, dan memahami peranan sebenar seorang pemimpin muda.” Bagi Ang Wei Chern, penyertaan dalam program ini telah membuka ruang untuk beliau mengasah potensi kepimpinan secara lebih tersusun dan holistik. Bimbingan mentor berpengalaman serta pendekatan latihan yang dinamik telah mempersiapkan beliau untuk terlibat secara langsung dalam inisiatif pembangunan komuniti dan menjalin kerjasama strategik bersama pelbagai pihak. Felo Keadilan bukan sekadar program – ia adalah titik tolak kepada kepimpinan yang berprinsip dan berdaya saing.”
Pengenalan Felo Keadilan:

Ang Wei Chern merupakan seorang anak jati Perlis. Seperti negerinya, beliau seorang yang kecil-kecil cili padi. Beliau menuntut di SJK (C) Khoon Aik dan kemudiannya di SMK Derma, Kangar, Perlis. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran asasi A-Level di UCSI Universiti, Kuala Lumpur. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Farmasi (Kepujian Kelas Pertama) dari University of Bath, UK dan Sarjana Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia dan bakal melanjutkan pengajian PhD dalam bidang Perubatan (Ekonomi Kesihatan) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan seorang ahli farmasi.

Selain daripada peranan profesionalnya, Ang Wei Chern aktif dalam aktiviti pendidikan dan komuniti Merupakan bendahari dan pengarah operasi Persatuan Kecemerlangan dan Pembangunan Negeri Perlis (CEDev), sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dibiayai oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) untuk menyediakan sokongan pendidikan percuma kepada golongan kurang berkemampuan. Beliau turut menyumbang sebagai panelis dalam forum harmoni yang membincangkan isu-isu perpaduan dan hubungan antara ajaran agama dan sains, yang dianjurkan oleh MAIPs.

Beliau menyumbang kepada masyarakat melalui penglibatannya dalam Persatuan Perubatan Antarabangsa Tzu Chi (TIMA) sebagai ahli farmasi sukarelawan dalam kem-kem dan klinik perubatan. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua Biro Korporat Skuad Sukarelawan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perlis Selatan, di bawah Kementerian Dalam Negeri. Penglibatan ini menunjukkan komitmen beliau dalam usaha pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat komuniti.

Soalan Esei:

Dalam arus pemodenan politik Malaysia, kepimpinan memegang peranan yang tidak terpisahkan dalam mengukir masa depan sebuah parti. Khususnya, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang kini juga memegang tampuk Perdana Menteri, telah menunjukkan pengaruh kuat dalam medefinisikan semula peta politik negara. Gaya kepimpinan yang inklusif dan strategi komunikasi yang efektif menjadi kunci utama yang telah membawa KEADILAN ke pusat pentadbiran negara.

Kepemimpinan dalam konteks politik bukan sahaja terbatas kepada cara pengurusan parti tetapi juga bagaimana ideologi disampaikan kepada rakyat. Presiden kita telah berjaya membentuk ideologi parti yang menekankan keadilan sosial, hak asasi manusia dan pemberantasan rasuah. Proses membuat keputusan dalam KEADILAN juga didapati telus dan melibatkan penyertaan aktif ahli-ahli parti, sejajar dengan prinsip demokrasi yang dipegang. Keputusan yang dibuat melalui konsultasi dan perdebatan yang sihat mencerminkan komitmen parti terhadap prinsip-prinsip demokrasi. Ini bukan sahaja menguatkan struktur dalaman tetapi juga meningkatkan kredibiliti parti di mata rakyat.

Di samping itu, strategi komunikasi yang efektif melalui pelbagai platform media telah membolehkan parti menyampaikan mesej reformasi dengan lebih berkesan kepada rakyat. Ini dapat membantu KEADILAN meraih sokongan.

Namun, era baru politik Malaysia juga menyaksikan kemunculan pemimpin muda yang populis seperti YB Dr Akmal Saleh dan YB Syed Saddiq. Mereka lebih cenderung menggunakan retorik panas dan menjana sentimen rakyat untuk mendapat sokongan. Cara ini sememangnya berkesan bagi menarik perhatian golongan muda, tetapi boleh mencetuskan perpecahan masyarakat.

Sebagai parti pemerintah, KEADILAN perlu terus mempamerkan kewibawaan, keadilan dan ketelusan dalam mentadbir negara. Pemimpin baharu muncul juga wajar memberi tumpuan kepada pembaharuan politik yang membina dan menyumbang kepada perubahan positif dalam masyarakat. Mereka membawa nafas baru dalam dialog politik dan memungkinkan pergeseran paradigma yang mungkin diperlukan dalam menghadapi cabaran global masa kini. Namun, keberhasilan mereka dalam jangka panjang bergantung kepada kemampuan untuk menyimbangI popularitI dengan tanggungjawab strategi dan ideologi yang matang.

Faris Aiman

Faris Aiman

Faris Aiman adalah seorang graduan di California State University di dalam Kejuruteraan Mekanikal. Sebagai mahasiswa,

Read More »
Program
Arkib