Alumni Felo Keadilan 2024

Abdul Rashid Bin Abu Bakar

Abdul Rashid Bin Abu Bakar

Negeri:
Melaka
Cabang:
Tangga Batu
Industri:
Peguaman
“Penyertaan Abdul Rashid dalam Felo KEADILAN menjadi langkah signifikan dalam usahanya sebagai anak muda yang komited untuk berbakti dalam pembangunan masyarakat. Baginya, kekuatan program ini terletak pada gabungan yang seimbang antara penguasaan ilmu, pengalaman lapangan, serta tunjuk ajar langsung daripada tokoh yang berpengalaman luas. “Felo KEADILAN bukan hanya ruang pembelajaran, tetapi platform sebenar untuk menguji keutuhan prinsip, membentuk jati diri kepimpinan, dan memahami cara merealisasikan idealisme perjuangan melalui tindakan yang nyata dan berkesan.” – Abdul Rashid Abu Bakar”
Pengenalan Felo Keadilan:

Abdul Rashid Bin Abu Bakar, di lahirkan pada 6hb Disember 1989 di Hospital Universiti Kuala Lumpur. Merupakan anak bongsu dari 10 adik beradik, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Ketika berusia 7 tahun mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam, Melaka. Kemudian menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Arab JAIM, Maahad Al-Ahmadi, Sungai Udang Melaka sehingga tamat pelajaran tingkatan 5.

Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, sebelum menyambung pengajian Diploma Lepasan Ijazah Undang-Undang dan Amalan Syariah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Setelah tamat pendidikan di peringkat Ijazah, berkhidmat sebagai pembantu peguam di Tetuan Zulfikri Zakaria & Co, kemudian bertukar ke Firma Tetuan Zulqarnain Syariah Associates.

Kini berkhidmat di Firma Tetuan Atikah Azman & Associates dan beramal sepenuhnya sebagai
Peguam Syarie di Melaka.

Mula berjinak dan terlibat dengan aktivis sewaktu di kampus yang ketika itu menentang AUKU, agar mahasiswa dapat dibenarkan terlibat dengan Parti Politik. Pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan Cabang dan turut dilantik sebagai Setiausaha AMK Negeri Melaka pada sesi 2018-2021. Pada Kongres Tahunan AMK Nasional 2019 di Melaka, dipilih sebagai Pengerusi Tetap AMK dan masih memegang sehingga kini selepas sekali lagi dipilih dalam Kongres AMK Nasional pada 2022.

Seorang yang aktif dalam membina hubungan bersama masyarakat dan persatuan, mempunyai hubungan baik sesama masyarakat, serta aktif dalam aktiviti kebajikan kepada Masyarakat.

Soalan Esei:

Pentingnya gaya kepimpinan parti bermula daripada cabang. Seorang ketua cabang harus punyai gaya kepimpinan yg baik, agar diperingkat cabang lebih tersusun. Bermula dengan membuat ranting yang perlu ada di setiap kawasan dun dan dm. Jika kita dapat membuat ranting Dan menyusun aktiviti diperingkat ranting dengan baik, maka ranting akan memberi komitmen baik dengan cabang terutama sewaktu musim pilihanraya. Ajk cabang dipilih daripada ketua ranting yg aktif Dan positif. Apabila kita lebih bersedia awal, misalan di melaka apabila tewas dlm pilihanraya, kita perlu dengan segera perbaiki Dan Melakukan usaha untuk menubuhkan ranting2 Dan menjaga ranting dengan baik. Sekiranya dalam satu kawasan dm menpunyai satu ranting, bermakna kita akan punyai jentera disetiap kawasan dm yg boleh membantu Dan bergerak sepanjang proses kempen pilihanraya Dan pastinya dapat memberi impak hasil pilihanraya yang lebih baik. Setelah ranting ditubuhkan Dan cabang diperkasakan, maka pemilihan calon untuk bertanding dalam pilihanraya perlu dipilih daripada calon yang dicadangkan oleh cabang hasil penilaian setiap ranting.Tetapi sekiranya kita leka Dan masih meragui anggota bawahan yg bertindak aktif dalam membantu masyarakat, ia tidak akan memberi kesan yg baik pada keputusan pilihanraya. Cabang perlu menaruh kepercayaan kepada anggota di ranting2 dalam membantu proses kempen pilihanraya, ketua cabang atau calon pilihanraya tersebut perlu mempercayai anggota dibawah, Dan tidak bersandarkan kpd seorang Dua sahaja yang kononnya sentiasa menyokong, tetapi lebih kepada sikap membodek. Sikap membodek juga harus dijauhkan daripada anggota parti, Dan Salah satu langkah untuk menhilangkan budaya membodek dalam parti adalah dengan pimpinan bersikap adil kepada semua anggota. Adakalanya anggota di ranting menegur kerana mereka faham situasi dikawasan mereka yg pimpinan harus akur Dan dengar. InsyaAllah dengan kepimpinan cabang yg teratur bermula Dari ranting disetiap dm\/dun, pemilihan calon dihantar oleh cabang hasil penilaian pergerakan ranting yg aktif, InsyaAllah akan memberi hasil yg positif Dan kemenangam yang baik dalam pilihanraya. Wallahualam

Faris Aiman

Faris Aiman

Faris Aiman adalah seorang graduan di California State University di dalam Kejuruteraan Mekanikal. Sebagai mahasiswa,

Read More »
Program
Arkib