Alumni Felo Keadilan 2024

Mohd Nur Hilmie

Mohd Nur Hilmie bin Milus

Negeri:
Sabah
Cabang:
Kota Belud
Industri:
Perniagaan
“Mohd Nur Hilmie menyatakan bahawa program ini bukan sekadar teori politik – ia pengalaman hands-on dalam memahami pembentukan dasar kerajaan dan kepimpinan. Lebih hebat, peserta dibimbing terus oleh pemimpin-pemimpin yang berpengalaman. Menurut Hilmie, anak muda yang berhasrat untuk membawa perubahan perlu merebut peluang menyertai program Felo Keadilan.”
Pengenalan Felo Keadilan:

Mohd Nur Hilmie bin Milus merupakan anak jati Iranun yang berasal dari Kg. Pantai Emas, Kota Belud, Sabah. Beliau telah lama berkecimpung sepenuh masa di dalam bidang pembangunan belia sejak tahun 2008 sehingga kini. Konsistensi beliau dalam dunia kesukarelawanan tersebut telah membawa kepada tanggungjawab yang lebih besar apabila beliau diamanahkan untuk memimpin gerakan kebeliaan sebagai Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah dan Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah (MBS).

Terkini melalui ABIM Sabah, beliau telah menulis dan menerbitkan buku “Bil Hikmah : Misi Menepati Janji Agung” serta juga telah mengasaskan Pusat Belia MADANI yang terletak di Alamesra, Kota Kinabalu sebagai pusat aktiviti anak muda untuk merealisasikan konsep bangsa Malaysia dan agenda gagasan MADANI dalam kalangan belia. Melalui Majlis Belia Sabah (MBS) pula, beliau yang merupakan antara pengasas Akademi Demokrasi Anak Muda (ADAM) Sabah telah melaksanakan beberapa program di antaranya Kursus Literasi Demokrasi dan Kewarganegaraan (LEDAK) yang sudah dilaksanakan sebanyak empat (4) siri bermula tahun 2020 hingga 2023, bahkan akan diteruskan lagi ke tahun ini.

Sebagai penghargaan terhadap usaha bakti, Hilmie Milus pernah diberi dan dikurniakan beberapa anugerah iaitu Anugerah Wirama Cemerlang Belia (2016) oleh Presiden Majlis Belia Sabah, Anugerah Pingat Belia Terpuji (2024) oleh Ketua Menteri Sabah dan Anugerah Darjah Kebesaran Istana – “Ahli Darjah Kinabalu (ADK)” (2022) yang disampaikan oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Soalan Esei:

Saya terus komited untuk terus menyumbang sebagai pemain pasukan dalam menzahirkan potensi diri ke arah yang lebih luas melalui platform Felo Keadilan ini. Saya fikir sudah tiba masa untuk saya berkecimpung dalam arena politik melalui Keadilan kerana saya percaya bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti ‘multiracial’ yang senantiasa menyantuni idea-idea gagasan baharu bagi memajukan negara sesuai dengan perubahan zaman yang semakin canggih dan mesra anak muda

Ruben Raj

Ruben Raj

Beliau memulakan kerjayanya dalam politik sebagai aktivis pelajar di UNISEL, beliau secara konsisten menunjukkan kepimpinan

Read More »
Yeen Chong

Yeen Chong

Yeen Chong ialah Pengarah Bersekutu Perhubungan Media Antarabangsa di Institut Milken. Berpangkalan di Singapura, beliau

Read More »
Program
Arkib