Panelis Felo Keadilan seterusnya, Saudari Nor Azrina Surip atau lebih dikenali sebagai Nurin Aina.
Nurin Aina merupakan mantan Ahli Parlimen Merbok pada tahun 2018 dan kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan. Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN bagi negeri Kedah ini juga merupakan salah seorang Anggota Lembaga Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Beliau juga kini merupakan Pengarah bagi Biro Latihan KEADILAN.
Beliau menerima Diploma Kejuruteraan Awam pada tahun 1996 dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kejuruteraan Awam pada tahun 1999 dari Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga merupakan lulusan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2005.
Beliau pernah bekerja sebagai Pegawai Penyelidik di Research Management Centre (RMC), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai selama tiga tahun bermula pada tahun 2001. Ketika beliau berkhidmat sebagai Jurutera Alam Sekitar di Perunding Mojass, Bandar Darul Aman, Kedah pada tahun 2006, beliau terlibat dalam Projek Pembinaan Jambatan Baharu bersebelahan Jambatan Merdeka, Projek menaiktaraf Jalan Jitra, Kedah – Arau, Perlis melalui Kodiang serta Projek Trans Eastern Kedah Inter Lang Highway dari Durian Burung ke Baling. Kini, beliau aktif menyumbang dalam penghasilan bahan binaan Interlocking Bricks Systems (IBS).
Mantan Ketua Wanita Pakatan Harapan dan Wanita KEADILAN negeri Kedah serta Exco Wanita KEADILAN Pusat tersebut merupakan penerima Anugerah Khas Jawatankuasa Mahasiswa (JKM) serta Anugerah Citra Kreatif Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1999. Beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Korean – Malaysian Youth Exchange Programme pada tahun 1996. Suatu program kerjasama Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Korea Selatan.
Selain itu, beliau juga pernah diamanahkan untuk memegang jawatan penting di dalam parti antaranya, Ahli Exco Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Pengerusi Biro Pilihanraya Angkatan Muda KEADILAN, Ketua Wanita PKR Sungai Petani dan Timbalan Pengarah II, Jawatankuasa Pilihanraya Negeri.
YB Wong Chen
Memperkenalkan seorang lagi panelis Felo Keadilan, saudara Wong Chen. Beliau merupakan Ahli Parlimen Subang selama