Kenali Panelis

Dato’ Dr Lee Boon Chye

Panelis Felo Keadilan seterusnya, Dato’ Dr Lee Boon Chye.

Beliau pernah memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Kesihatan ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan Persekutuan buat kali pertama pada tahun 2018. Dato’ Dr juga penyandang kerusi Parlimen Gopeng selama tiga penggal berturut-turut selepas menang pada Pilihan Raya Umum 2008, 2013 dan 2018. Beliau juga pernah menjadi Naib Presiden KEADILAN.

Selain berkelulusan perubatan dari Universiti Malaya, beliau juga memiliki 2 ijazah pasca siswazah, Sarjana Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Membership of the Royal Colleges of Physicians dari UK.

Ketua Cabang KEADILAN Gopeng tersebut pernah berkhidmat selama setahun di Western General Hospital, Edinburgh, United Kingdom sebagai Pendaftar Kardiologi pada tahun 1990 dan kemudiannya berkhidmat sebagai Pakar Perunding Residen dan Pakar Kardiologi di Hospital Pakar KPJ Ipoh pada Julai 1994.

Dato Dr. Lee Boon Chye memainkan peranan penting di dalam penubuhan Perkhidmatan Kateterisasi Jantung pertama di Ipoh, Perak pada tahun 1997, menunjukkan komitmennya untuk memajukan rawatan kesihatan jantung di Malaysia.