Panelis Felo Keadilan seterusnya, saudara Lee Chean Chung.
Beliau pertama kalinya mendapat mandat rakyat pada tahun 2013 dalam pilihanraya negeri Pahang dan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Dun Semambu selama dua penggal. Kini, beliau merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya.
Selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Multimedia dalam bidang Kejuruteraan Elektronik, beliau melanjutkan pengajian Sarjana (Sains) Pengangkutan dan Logistik di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST). Beliau juga mempunyai Ijazah Pentadbiran Awam dari Lee Kuan Yew School of Public Policy, di National University of Singapore (NUS). Beliau juga merupakan lulusan Kursus Penasihat Politik, Sekolah Siswazah Kerajaan (The University of Sydney).
Sebelum kembali ke Malaysia dan menceburi bidang politik, beliau pernah bekerja di firma swasta Amerika dan Hong Kong. Pasca 308, beliau menyertai Unit Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) sebagai Pegawai Penyelidik. Unitnya menyediakan sokongan penyelidikan strategik dan menjalankan pertemuan konsultasi rang undang-undang untuk hampir 30 anggota parlimen.
Beliau juga aktif dalam gerakan alam sekitar dan dilantik sebagai Ketua Perhubungan Awam (PR) bagi Gabungan Hentikan Lynas (SLC). Di samping itu, beliau juga dilantik sebagai Ketua Publisiti bagi Himpunan Hijau 2.0 semasa pergerakan menentang kilang nadir bumi, Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng. Melalui penglibatan dan latihan antarabangsa yang aktif, beliau telah dianugerahkan Alumni Paling Cemerlang, Konrad Adenauer Stiftung Young Politicians (KASYP) pada tahun 2019. Beliau merupakan felo bagi International Adenauer Network, Youth for South East Asia Leadership Initiatives (YSEALI) dan American Council of Young Political Leaders (ACYPL).
Dato’ Romli Ishak
Panelis Felo Keadilan seterusnya, Dato’ Romli Ishak. Dato’ Romli pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada