Memperkenalkan seorang lagi panelis Felo Keadilan, saudara Wong Chen.
Beliau merupakan Ahli Parlimen Subang selama dua penggal, mewakili kawasan tersebut sejak tahun 2018 selepas kali pertama memenangi pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kelana Jaya pada tahun 2013. Selain itu, beliau juga kini merupakan salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN dan juga Pengarah Biro Dasar KEADILAN.
Mungkin ramai yang tidak tahu beliau bersekolah rendah dan memulakan kerjayanya sebagai peguam di Kelantan, sebab itulah apabila beliau bertutur dalam bahasa Melayu ada bunyi loghat Kelantan.
Dato’ Dr Lee Boon Chye
Panelis Felo Keadilan seterusnya, Dato’ Dr Lee Boon Chye. Beliau pernah memegang portfolio sebagai Timbalan