Faris Aiman adalah seorang graduan di California State University di dalam Kejuruteraan Mekanikal. Sebagai mahasiswa, beliau telah mengasas dan menjadi pengerusi bagi Malaysian Progressives of the United States (MPUS) bagi menggalakkan semangat aktivisme, perbincangan politik, dan isu isu semasa dalam kalangan pelajar. Beliau juga telah mewakili universiti beliau di dalam pertandingan debat antara universiti-universiti yang lain di dalam California.
Beliau memulakan karier pekerjaan beliau dengan berpindah ke Los Angeles untuk bekerja di sebuah syarikat yang menyelenggara platform-platform atas talian. Setelah pulang ke Tanah Air, beliau bekerja di salah satu syarikat ‘Big 4’ sebagai Technology Consultant, kemudian sebagai Commercial & Project Manager bagi projek projek IT yang berkaitan dengan Awan & Analisis Data di sebuah syarikat pemula. Dia kini bekerja sebagai IoT Solution Sales Specialist di salah satu syarikat telekomunikasi.
Dia juga adalah salah satu pengasas Polisi Lab, yang memberikan kelas-kelas tentang penggubulan dan pengetahuan polisi-polisi kepada masyarakat awam. Inisiatif itu juga pernah dipamerkan di dalam Astro Awani melalui rancangan ‘Consider This’.
Beliau pernah memegang amanah sebagai Naib Ketua AMK Setiawangsa, di mana beliau mengadakan program pengaggihan pelitup muka pada masyrakat awam ketika Covid19 berleluasa dan juga program isi minyak percuma bagi Gig Riders. Dia kini telah memindahkan keahlian beliau kepada Cabang Keadilan Shah Alam dan kini adalah Timbalan Pengerusi PeBS (Penggerak Belia Selangor) bagi Zon MPP 19 Bukit Jelutong di mana beliau bergiat aktif mengadakan program-program untuk mendekati golongan muda.
Abdul Rashid Bin Abu Bakar
Abdul Rashid Bin Abu Bakar, di lahirkan pada 6hb Disember 1989 di Hospital Universiti Kuala