Abdul Rashid Bin Abu Bakar, di lahirkan pada 6hb Disember 1989 di Hospital Universiti Kuala Lumpur. Merupakan anak bongsu dari 10 adik beradik, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Ketika berusia 7 tahun mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam, Melaka. Kemudian menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Arab JAIM, Maahad Al-Ahmadi, Sungai Udang Melaka sehingga tamat pelajaran tingkatan 5.
Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, sebelum menyambung pengajian Diploma Lepasan Ijazah Undang-Undang dan Amalan Syariah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Setelah tamat pendidikan di peringkat Ijazah, berkhidmat sebagai pembantu peguam di Tetuan Zulfikri Zakaria & Co, kemudian bertukar ke Firma Tetuan Zulqarnain Syariah Associates.
Kini berkhidmat di Firma Tetuan Atikah Azman & Associates dan beramal sepenuhnya sebagai
Peguam Syarie di Melaka.
Mula berjinak dan terlibat dengan aktivis sewaktu di kampus yang ketika itu menentang AUKU, agar mahasiswa dapat dibenarkan terlibat dengan Parti Politik. Pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan Cabang dan turut dilantik sebagai Setiausaha AMK Negeri Melaka pada sesi 2018-2021. Pada Kongres Tahunan AMK Nasional 2019 di Melaka, dipilih sebagai Pengerusi Tetap AMK dan masih memegang sehingga kini selepas sekali lagi dipilih dalam Kongres AMK Nasional pada 2022.
Seorang yang aktif dalam membina hubungan bersama masyarakat dan persatuan, mempunyai hubungan baik sesama masyarakat, serta aktif dalam aktiviti kebajikan kepada Masyarakat.
Nur Heeda Adzlieza
Nur Heeda Adzlieza Binti Noor Azlan, Dilahirkan di Kuala Lumpur (HUKL), 10 Februari 1992, Anak